Click here for Myspace Layouts

Friday, 25 March 2011

BIARKAN


Biarkan masa berlalu begitu pantas
dan tanpa kita sedari,
kerna jikakalau kita sedari
kita kan tahu kita adalah orang yang rugi.


Biarkan orang menghina dan mencaci
pekakkan telinga, buta kan mata
kerna jikalau tidak kita yang terasa sakit
seperti hati yang dihiris-hiris pisau yang tumpul.


Biarkan kita menangis kerana gembira
bukannya kerana berduka
kerana jikalau kita berduka
untuk selamanya kita terluka.


Biarkan kita menjalani hidup ini dengan tabah
bukan lemah
kerna jikalau lemah menguasai diri
kegagalan untuk kita telah di tempah.


Biarkan orang lain memandang kita serendah yang mungkin
yang penting kita yakin dan bangga terhada diri kita
kerna jikalau tidak
siapa lagi yang akan percaya akan diri kita.


JADI!
jadi lah diri kita apa adanya
samada baik atau buruk
yang penting kita bersyukur.

No comments:

Post a Comment